Thursday, 29 September 2011

...haha...



Sepasang kekasih di kedai makan..

GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?

BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...

... GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...

GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200...ayg mule isap rokok bile???
BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?

GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10..
and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.

BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!

GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh
beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!

BF : u isap rokok x yang?

GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?

BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?

GF : !4#$%^&*




Kisah Kancil, Evo 7 dan Ferrari



Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya Utara Selatan, kelihatan sebuah Kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.

Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik Kancil tu sedang berjalan ke hulu ke hilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.
...
Tiba-tiba datangla sebuah kereta Evo7 berhenti di sebelah Kancil tadi. "Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an. "A'ha rosak " jawab pakcik tu simple aje....

"Ok, cam nie, saya ada tali. Nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea. "Worrait gak tu...tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam". "Ok pakcik"..

Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta Kancil di depan dan hujungnya diikat dibelakang bumper Evo nya. Dia pun jalan la...dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik...

Tiba-tiba ada sebuah Ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat Evo7. Apa lagi, jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Ferrari nie...lupa la pulak dia dengan Kancil orang tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat Evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.

Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Zooommmmmmmm!!......lalu Ferrari.

"Bola satu ke bola dua....tolong tahan Ferrari merah....kelajuan 230km/j"

ZOOOMMMMMMM....melintas Evo7 pulak.

"Bola Satu ke bola dua.....tahan juga Evo7 kuning.....tgh racing dgn Ferrari!!"

ZOOOMMMMMMMMM.....melintas Kancil!!

Terkejut beruk polis tu, sebuah Kancil mengikut rapat and siap highbeam2 Evo 7!

"BOLA SATU KE BOLA DUA!!!....lupakan Ferrari dan Evo7, tahan KANCIL PUTIH!! Kelajuan 230km/j dan cuba memotong Evo7!!!"





...=)