Wednesday 28 December 2011

...AWAS..?!...



AWAS...!!


belajar lagi..
belajar lagi dan terus belajar sampai ke garisan penamat..


aku baru lulus lesen memandu..
so kiranye
aku baru mula langkah untuk memandu kereta manual di atas jalanraya la setelah mendapat lesen 'P'..
tanpa MR.BALA disebelah..
wahhhhh.....
seronoknye tak terhingga..!
MR.BALA pesan pada aku supaya berhati2 dan GOOD LUCK..!
tapi aku terlupa sesuatu..
aku masih dalam lesen 'P' dan belum mahir sepenuhnya lagi..
suatu hari.,
dengan beraninya aku menyusuri suatu jalan yang sempit dan sangat sesak..
aku ingin belajar dan mahirkan diri aku untuk memandu dengan penuh yakin dan mengikut simbol..
tapi aku tahu.,aku tidak boleh terlalu bergantung pada simbol kerana kadang kala simbol tidak boleh digunakan sebagai pandu arah jika keadaan tidak membenarkan dan memaksa untuk tidak mengikutnya..
tiba2..
aku nampak lubang..
lubang tersebut besar dan aku tak perasan yang dalamnya ada paku tajam..
kenderaan dihadapan aku semua elak lubang tersebut dengan penuh yakin..
bila tiba turn aku.,
aku tak elak sebab aku nampak trailer yang sedang menuju kearah aku secara bertentangan itu laju..
aku nak tunggu biar trailer itu lepas dulu..
bila pandang cermin belakang.,ada lori sayur menuju kearah aku dengan laju..
aku takut dia tak sempat brek dan langgar aku.. 
so.,
aku langgar je lubang itu walaupun aku nampak simbol 'AWAS'..
aku xnak elak pun.,sebab aku rasa yang lubang itu boleh dilanggar dan tidak akan berlaku ape2..
selain dari aku takut enjin mati kerana waktu itu aku perlu tukar ke gear rendah dan aku menggunakan gear 3..
walaupun orang cakap gear 3 tidak akan mati tapi aku tetap juga tidak yakin dan takut..
aku juga takut jika aku elak.,
aku terlanggar kenderaan lain pula sebab aku tak yakin aku mampu elak..
dah tu trailer pulak depan aku..
pehh..scary jugak la..
jalan itu sangat sempit dan sesak dengan pelbagai jenis kenderaan yang sangat gah menyusuri jalan sempit tersebut.. 


seterusnya..


kereta aku terperangkap dalam lubang tersebut dan paling menyakitkan ia pancit..!
kenderaan lain mula membunyikan hon pada aku kerana aku telah menghalang kelancaran trafik..
perlahan2 aku mengalihkan kereta aku ke bahu jalan..
tetap mengahalang kelancaran lalulintas..
paling menyedihkan bila orang mula menyumpah seranah aku..
okayh..!
ianya sangat pedih..!
aku keluar dari kereta aku dengan muka yang sangat sedih sebab aku langgar juga
lubang itu tanpa mengelak dengan penuh keyakinan yang aku tidak akan terlanggar kenderaan lain walaupun trailer itu masih boleh dikatakan jauh 5 meter..
betapa tidak yakinnya aku yang aku mampu elak lubang tersebut..


sooo haihhhh...


dalam pada masa yang sama.,
aku ingin berterima kasih pada lori belakang aku yang masih sudi menghulurkan bantuan
mengajar aku erti belajar..
kerana dari jauh dia nampak keyakinan aku yang kurang itu..
dia mula turun dari lori dengan senyuman yang manis..
aku memberitahu dia yang aku tidak tahu cara menukar tayar..
dengan penuh kesabaran.,dia mengajar dan memberi arahan cara untuk menukar tayar 
yang pancit itu sambil mengenalkan aku pada alatan menukar tayar..
dia tidak membantu aku menukar.,sebaliknya mengajar aku cara menukar tayar supaya selepas ini aku boleh buat sendiri..
kerana dia tidak janji yang dia akan terserempak dan menghulurkan bantuan pada aku lagi selepas ini..
tetiba kau teringat pada MR.BALA kerana dia tidak pernah mengajar aku cara menukar tayar kereta..
mungkin sebab itulah dia berpesan pada aku supaya berhati2 dan GOOD LUCK..!
dari situ aku mula belajar cara menukar tayar..


thanks MR.BALA..=)
thanks pemandu lori sayur..=)


1st time people called me SHIT..now.,i have lotz of nickname..!!! 
Time to hit da sack and to get ready for all da battle that we have to fight tomorrow..
Goodnite..! sleep well..!